Selamat Datang ke blog Taman Desa Kemandol. Blog ini telah dibangunkan bersama-sama pihak sekolah peserta KEDAP tahun 2013 yang juga merupakan ibu bapa di kalangan penduduk Taman Desa Kemandol. Pembinaan lama blog Taman Desa Kemandol ini antara lain untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar akan Taman Desa Kemandol terutamanya maklumat ringkas dan aktiviti semasa yang berlaku di kampung ini. Menjadi harapan, semoga Taman Desa Kemandol terus menjadi sebuah taman yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat luar untuk pelbagai aktiviti dan program yang bermanfaat.
Taman Desa Kemandol adalah sebuah penempatan baharu yang mula diduduki pada akhir tahun 2011. Terletak di Mukim Tanjung Dua Belas, Jenjarom dalam daerah K.Langat. Penempatan ini didiami oleh masyarakat Orang Asli Temuan dari Kg Bukit Kemandol, Klang.Penempatan ini boleh diakses melalui lebuhraya SKVE (Saujana Putra - Telok Panglima Garang) ke arah Banting dan susur keluar simpang ke Kg Sri Cheeding serta melalui Jalan Klang Banting (melalui Sijangkang-Telok Panglima Garang- Jenjarom).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan