Taman Desa Kemandol adalah sebuah penempatan baharu yang mula diduduki pada akhir tahun 2011. Terletak di Mukim Tanjung Dua Belas, Jenjarom dalam daerah K.Langat. Penempatan ini didiami oleh masyarakat Orang Asli Temuan dari Kg Bukit Kemandol, Klang.Penempatan ini boleh diakses melalui lebuhraya SKVE (Saujana Putra - Telok Panglima Garang) ke arah Banting dan susur keluar simpang ke Kg Sri Cheeding serta melalui Jalan Klang Banting (melalui Sijangkang-Telok Panglima Garang- Jenjarom).
SEJARAH PENEMPATAN
Kampung ini di berikan nama Bukit Kemandol adalah kerana pada waktu dahulu terdapatnya sebatang pokok kayu yang bernama pokok mandol. Pokok ini dikatakan sangat besar dan pokok ini tumbuh diatas sebuah bukit yang tinggi. Kampung Bukit Kemandol terletak didaerah kuala langat di Mukim Tanjung Dua Belas di Negeri Selangor.Kampung ini telah wujud sebelum perang dunia pertama lagi.walaupun tiada dokumen rasmi atau bahan bukti yang dapat mengesahkannya namun menurut cerita lisan orang-orang tua, kampung ini dikatakan telah wujud sebelum perang dunia pertama lagi. Nama batin pertama adalah Budin anak kampuk. Jumlah penduduk kampung ketika itu adalah seramai 500 orang. Kemudahan yang ada dikampung ketika itu,seperti Sekolah, Tabika Kemas, Pra.Sekolah, Balai Raya, Surau, Air, Elektrik, Jalan Raya, Padang Bola. Apa yang menariknya kampung lama adalah kebanyakkan penduduk kampung masih lagi menjalankan kehidupan secara tradisional mencari hasil hutan seperti Rotan, Buluh, Bertam, Mengkuang dan banyak lagi untuk dijadikan barangan kraftangan seperti Tikar, Bakul Anyaman, Bubu dan sebagainya. Pekerjaan utama penduduk kampung lama ketika itu adalah mengusahakan kebun getah dan kelapa sawit dan juga menanam buah-buahan seperti Durian, Rambutan, Manggis, petai, Jering dan sebagainya untuk menambah pendapatan. Kampung ini telah berpindah ketempat baru pada tarikh 20.11.2011. Nama penempatan baru ini adalah Taman Kemandol. Taman Desa Kemandol ini terletak dikampung Jenjarom daerah kuala langat, Mukim Tanjung Dua Belas. Kemudahan yang terdapat di penempatan baru seperti sekolah, Tabika Kemas, pra.Sekolah, Surau, Dewan, KlinikDesa(ibu dan anak), Menara Telekomanikasi, Padang Futsal Sekolah, Eriktrik, Air, Jalan Tar, Lampu Jalan. Makmal Komputer Sekolah. Penduduk di penempatan baru ini berjumlah 700 orang. Banyak kemudahan asas yang lebih sempurna dipenempatan baru antaranya. Rumah yang besar dan lebih selesa , sekolah baru. Surau besar, Dewan orang ramai yang boleh menempatkan seramai 300 orang. Klinik, Pra.Sekolah. Tabika Kemas, Padang Futsal Sekolah, Menara Telekomunikasi, Elektrik. Air, Lampu Jalan,Pandang Bola Sepak dan berdekatan putrajaya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan